Sunday, September 23, 2007

jangan fikirkan dosa orang lain..

patutke kita fikirkan dosa orang lain apabila berlaku sesuatu musibah kepadanya?
Selalunya, bila musibah berlaku kepada seseorang kita kata padan muka... macam kes adik nurin baru-baru ni. patutke ibu bapanya di saman, disiasat dan di tambah tekanan yang sedia ada? inikah yang kita laungkan-laungkan Malaysia negara aman? aku amat tertekan.. sedih.. kecewa. Kepada ibu bapa adik nurin bersabarlah, ALLAH SAYANGKAN KAMU. Adik nurin sudah aman, berada di syurga bersamaNya.. kita hanya perlu jalankan tugas siasat dan cari siapa yang merupakan SYAITAN di sebalik pembunuhan kejam ini.. kalau nak siasat ibu bapa adik nurin, tunggulah mereka benar-benar sedia.. jadilah manusia yang telus dan tulus kepada ALLAH. Adik Nurin sudahpun menjadi anak syurga.. kita yang di dunia ini jalankanlah tugas dengan penuh amanah.. aku malu untuk mengatakan Malaysia sebuah negara yang aman damai kerana jika benar Negara yang kucintai ini aman.. mengapa seorang anak yang tidak berdosa itu dibunuh dengan kejam di sebuah negara yang dikatakan aman damai ini? di mana letaknya keamanan jika anak-anak tidak selamat untuk ke mana-mana/

Wednesday, September 19, 2007

normalkah kita dan cacatkah mereka?

Seorang bapa dalam buku ‘WHEN YOUR CHILD HAS LD*
(LEARNING DIFFERENCES) A Survival Guide for Parents’ mengatakan, ‘siapakah kita untuk menilai erti normal? Anak istimewa itu sekadar berbeza cara sahaja dengan kita namun tujuan hidup mereka tetap sama, untuk menunjukkan kebesaran Tuhan dan memberi sumbangan pada dunia.’
Menurut Kirk dalam K. A Jamila 2005, kanak-kanak hanya dianggap sebagai kanak-kanak khas apabila terdapat keperluan bagi mengubahsuai program pendidikan.
Jadi, perlukah kita labelkan seseorang itu cacat hanya kerana mereka ada kekurangan? semua manusia memiliki kekurangan sendiri. hanya ALLAH s.w.t sahaja yang sempurna.

SELAMAT BERPUASA DAN BERAMAL DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA

Tuesday, September 18, 2007

kenapa aku cerita pasa anak-anak khas ni??

masa aku kat IPIK, pensyarah aku kata.. anak-anak khas ni bukan setakat istimewa.. tetapi mereka adalah anak syurga.. aku fikir napalah pensyarah aku yang bergelar Doktor falsafah tu terfikir nak cakap macam tu..
setelah lama memikirkan tajuk ni... baru aku faham.. patutlah dia gelar anak syurga kerana kelahiran mereka bersama pelbagai dugaan dan cabaranuntuk ibu bapa dan masyarakatnya.. jika kita semua mampu menerima, menguruskan dan melayan mereka dengan sabar dan amanah.. dapatlah kita masuk menjegah ke syurga yang pasti indah dan mengasyikkan.
masa pensyarah TM minta kami buat blog.. aku terfikir tajuk ni.. anak syurga.. memang istimewa kalau aku dapat letak maklumat mengenai perkara-perkara berkaitan anak-anak istimewa yang aku tahu.
aku harap blog ini bukan setakat luahan perasaan aku dan kumpulan tetapi juga mampu beri manfaat kepada insan-insan lain.
FALSAFAH

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

MISI
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

VISI
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

OBJEKTIF
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas
Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas

Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia
Pendidikan khas Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan melalui:

Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalahpendengaran.
Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-muridberkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalahpendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolahharian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengahteknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran danpembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
PENGENALAN

Perkhidmatan kepada kanak-kanak kurang upaya adalah tanggungjawab tiga Kementerian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pendidikan bagi kanak-kanak tersebut dikendalikan oleh dua Kementerian iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak yangmenghadapi masalah:
-cacat fizikal teruk,
-rencatan akal sederhana dan teruk,
-pelbagai kecacatan, dan
-kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut untukbelajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh KementerianPendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (BP) dibawah tanggung jawab Kementerian Pendidikan Malaysia adalahseperti berikut:
Sindrom Down,
-Autisme ringan,
-Attention Deficit Hyperaktif Disorder,
-Terencat akal minimum, dan
-Bermasalah pembelajaran spesifik (contoh: Disleksia)
Pendidikan yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Monday, September 17, 2007

Anak syurga - tindakan keluarga

Jika ditakdirkan anda menerima anak syurga, apakah tindakan utama anda sebagai ahli keluarga terutama ibu bapa..

memanglah cakap lebih senang dari membuat tindakan tetapi inilah masalah ramai rakyat Malaysia sekarang...
Malu tidak bertempat.. dosa apakah kita tak patut ditanya tetapi lakukanlah tindakan supaya sedih itu tidak menguasai kita. memanglah sedih tapi menerima dengan keikhlasan setiap pemberian Allah tentu akan melapangkan hati kita sendiri. Perlukah kita hidup dengan penuh kesedihan hingga tidak memikirkan nasib ahli keluarga yang lain? sedarlah.. anak istimewa.. atau anak syurga bukan lahir kerana dosa tetapi untuk menunjukkan kebesaranNYA.
malu besar kita sebagai umat Islam jika kita masih anggap mereka sebagai satu dosa.. kalau kita anggap mereka lahir akibat dengki khianat orangpun tak patut juga... Allah Maha adil, renungkanlah bersama.. kitakan diberi akal, gunakanlah sebaik mungkin. Dalam budget baru-baru ni alaun guru khas dinaikkan dari RM100 ke RM250. Kenapalah kerajaan nak naikkan alaun guru-guru tu? mesti ada sebabkan..
oleh itu ibu bapa dan masyarakat renungkanlah. kenapa kerajaan buat tindakan begitu? Pada kami, kerajaan nak menggalakkan anak-anak syurga dihantar ke sekolah. betul ke? kenapa anak-anak syurga mesti pergi ke sekolah? janganle ingat mereka tu serba kekurangan pulak.. ramai anak-anak syurga di Barat sana berjaya lebih dari orang yang perasan mereka normal tau.. lepas ni pakat-pakat le hantar anak-anak syurga tu ke sekolah... jangan biarkan alaun guru khas tu sebagai pembaziran. Buka mata bukalah minda.

ANAK SYURGA - KE MANA HALATUJUNYA?

Malaysia sudah 50 tahun merdeka. Baru je kita semua sambut pada 31 Ogos yang lalu. Meriah dengan bunga api, perarakan, pesta, dan pelbagai lagi keraian. namun merdekakah anak- anak syurga di sini?