Thursday, May 22, 2008

SELAMAT HARI LAHIR MAK


SELAMAT HARI LAHIR KEPADA BONDAKU HABIBAH JADIT YANG KE 72 PADA 23 MEI.. MOGA MAK DAPAT MENEMANI PERJALANAN HIDUPKU LAGI.. SESUNGGUHNYA MAK LAH YANG SELALU MENGUATKAN SEMANGATKU TIKA AKU HILANG ARAH... MAK, WALAUPUN AKU MENGENALIMU TIKA USIAKU SUDAH 13 TAHUN NAMUN AKU TIDAK PERNAH MENYALAHKANMU ATAS APA YANG BERLAKU. INILAH TAKDIR HIDUPKU DAN AKU AMAT MENGASIHIMU.. MAK...ORANG YANG TELAH MEMISAHKAN KITA PERLU BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP PERBUATAN MEREKA DAN TANGGUNGJAWAB KITA ADALAH UNTUK MENERUSKAN HIDUP TANPA SESAL DAN DENDAM... MOGA MAK AKAN TERUS SIHAT DAN DAPAT MENEMANIKU DALAM PERJALANAN HIDUP INI.
SELAMAT HARI LAHIR JUGA PADA SAHABATKU NISA YANG SELALU MENEMANIKU TIKA GEMBIRA & DUKA, .. DUA WANITA PENTING DALAM HIDUPKU YANG BERKONGSI TARIKH LAHIR. TERIMA KASIH MAK,,, TERIMA KASIH NISA... SEMOGA BAHAGIA ITU MILIK KALIAN DAN MOGA ADA SYURGA BUAT KITA.

Wednesday, May 21, 2008

SELAMAT HARI GURU


Selamat Hari Guru buat guru-guruku semasa di Sek Keb Amar Penghulu, Jelebu (1981), SK Sepri Tengah,(1982), SK Sg Buloh, Jelebu(1982-1984), SK Batu Kikir (1984-1986), SMA Dato Hj Mustapha (1987-1989), SMA Dato' Klana Putra (1990-1993). Tanpa kalian yang sudi mengajarku menulis dan membaca sudah pasti diriku tidak di sini. walaupun aku sudah terlupa ramai nama guru yang pernah mengajarku namun aku cuba mengingatkan jasa kalian semua. Kepada cikgu Adnan Baki, Mrs K, Ust Sharifudin, Ust Rohan, Ust Fuad, Ustzh Noriah dan Ustzh Johana... terima kasih tidak terhingga kerana tidak pernah jemu mendidik diriku yang selalu menimbulkan masalah dulu... ramai juga guru-guru lain yang menyampah pada ku dulu tetapi kerana ada kepercayaan pada kalian dapat juga aku menamatkan alam persekolahan dan dapat juga aku menjadi seorang insan tika ini... TERIMA KASIH CIKGU.. hanya ALLAH dapat membalas jasa kalian.

Sunday, May 4, 2008

SELAMAT HARI IBU


Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu... bukan bulan Mei ini saja kena ingat pada ibu tau.. buat anak-anak ummi yang dikasihi dan kepada suami yang disayangi.. bantulah aku menjadi ibu yang penyayang, penyabar dan menghormati hak kalian. Ummi sedar, banyak perkara yang ummi tidak dapat lakukan dengan sempurna. Irfan Afifah dan Iyman Asiah, doakan Ummi menjadi ibu yang baik buat kalian..walaupun ummi ini ibumu tetapi tidak bermakna semua yang ummi lakukan adalah betul.. sama-samalah kita berdoa agar Allah membantu kita menyusuri jalan ke syurga. Buat kenalan yang mengenali diriku terutama chaq, ikin, roza, obie, kak liza, as, aida, pizah dan yang amat kurindui.. Harisah yang keja kat perak la ni... SELAMAT HARI IBU... Semoga ALLAH memberkati dan mengasihani kita semua.

permata hatiku


inilah permata hatiku.. yang mewarnakan hidupku dan suami.. alangkah besarnya anugerah Allah pada kami. doaku mereka berdua akan menjadi wanita solehah yang tahu dunia ini adalah jalan ke syurga..
banyak perkara telah terjadi.. jangan kita sekadar tahu menunding jari kepada mereka yang jatuh, cedera atau terluka.. jangan cepat melatah mengatakan mereka berdosa.. apapun yang berlaku terhadap kita ada hikmahNya. sama-samalah kita berdoa supaya adik Sharlene selamat dan kepada pihak yang berwajib, jalankanlah tugas dengan penuh amanah.. walaupun aku sendiri sudah tidak menghitung hari kehilangan adik Sharlene namun aku berasa sayu kerana masih tiada khabar berita mengenainya. Alangkah ruginya kita sebagai manusia yang memilih kezaliman sebagai jalan hidup sedangkan memberi minum anjingpun membolehkan kita ke syurga.. mengapa memilih neraka jika jalan ke syurga itu sendiri diwarnai bunga-bungaan harum... alangkah..