Tuesday, May 5, 2015

assalamualaikum
bersawang dah blog ni
punya lama tak dijengah

aduhai hati... beristighfarlah
menghadapi hidup sebelum mati

Friday, December 14, 2012

kita memang selalu silap menilai orang, yang baik, yang jahat, yang kaya, yang miskin hanya DIA yang tahu kerana perjalanan kita tidak serupa.  
saya tidak suke perjalanan hidup saya dicerobohi, mungkin setelah melalui banyak perkara, baru sekarang saya berani menentukan siapa yang perlu saya berjumpa dan siapa yang tidak perlu saya berjumpa.  saya tidak tahu mengapa lelaki yang baik di mata masyarakat menjadi paling hina dimata isteri.  ayah yang penyayang di mata dunia... sebenarnya tidak disayangi anak sendiri... mengapa... 

Wednesday, April 28, 2010

akukah yang OKU??

praperkhemahan di sekolah...aku dilantik sebagai fasilitator....jawatan yang kurang ku gemari tika usia menginjak matang nih....aku lebih suka jadi AJK dapur.....namun apa yang ku pelajari amat bermakna untuk diriku....akukah yang OKU....
Natasya...pelajarku yang akan sentiasa tersenyum namun tidak mampu bertutur....namun dia sentiasa faham keperluan ku....jika aku minta pensel...dialah yang mula mencari pensel untukku.....jika aku mahukan kertas...dia selalu mengambilnya untukku.....dia selalu senyum....manis sekali senyumannya...namun tak pernah bersuara.....senyum saja.....
Aina...pelajarku yang bijak.....namun sukar mengawal emosi.....petah berkata2....dan aku merasakan dia mampu mendapat result yang bagus dalam PMR nanti....sangat manis bila tersenyum kerana dipipinya ada lesung pipi......
Semasa pra perkhemahan ini....takdirnya...selepas khemah dipasang...hujan turun...semua khemah sempat dipindahkan ke tempat yang selamat.....ikut plan B....waktu ini semua pelajar memindahkan barang2 ke tempat baru....Natasya yang tidak mampu bertutur itu mahu menolong juga.....dia tolong bawakan beg kawan-kawannya.....Aina sangka Natasya telah menghilangkan begnya....airmata mula keluar dari kelopak matanya.....namun hatiku amat hiba kerana Natasya yang tidak mampu bertutur...tidak mampu bersuara itu....meninjau setiap khemah untuk mencari beg Aina.....aku sendiri yang merasa mampu bersuara...mampu berkata2 tidak pernah melakukan kebaikan seperti Natasya.....akukah yang OKU...tidak punya hati sebaik Natasya....sukar membantu orang...sukar tersenyum...
Akhirnya beg aina ditemui kerana keprihatinan guru yang bertugas dan seorang pelajar iaitu Sharifah yang mendapat anugerah peserta terbaik praperkhemahan kali ini.....

Tuesday, March 16, 2010

lamanya tak jengah blog ni.....sejak anak2 masuk sekolah rendah....rasanya minatku sudah beralih kepada mencari resepi baru buat bekal anakke sekolah....banyaknya manusia yang baik2 yang sudi berkongsi ilmu dan petua...rasanya pengalaman pahit telah berlalu.....kebanyakkan resepi yang ku ambil selalu menjadi...nak ucap terima kasih terutama kepada matgebu yang tidak pernah ku bersua....sudah banyak resepi yang dikongsinya menjadi hidangan keluarga dan rakan2....moga pintu syurga akan terbuka luas buat kalian semua yang tidak pernah mengharamkan resepi2 tersebut.....

Thursday, May 22, 2008

SELAMAT HARI LAHIR MAK


SELAMAT HARI LAHIR KEPADA BONDAKU HABIBAH JADIT YANG KE 72 PADA 23 MEI.. MOGA MAK DAPAT MENEMANI PERJALANAN HIDUPKU LAGI.. SESUNGGUHNYA MAK LAH YANG SELALU MENGUATKAN SEMANGATKU TIKA AKU HILANG ARAH... MAK, WALAUPUN AKU MENGENALIMU TIKA USIAKU SUDAH 13 TAHUN NAMUN AKU TIDAK PERNAH MENYALAHKANMU ATAS APA YANG BERLAKU. INILAH TAKDIR HIDUPKU DAN AKU AMAT MENGASIHIMU.. MAK...ORANG YANG TELAH MEMISAHKAN KITA PERLU BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP PERBUATAN MEREKA DAN TANGGUNGJAWAB KITA ADALAH UNTUK MENERUSKAN HIDUP TANPA SESAL DAN DENDAM... MOGA MAK AKAN TERUS SIHAT DAN DAPAT MENEMANIKU DALAM PERJALANAN HIDUP INI.
SELAMAT HARI LAHIR JUGA PADA SAHABATKU NISA YANG SELALU MENEMANIKU TIKA GEMBIRA & DUKA, .. DUA WANITA PENTING DALAM HIDUPKU YANG BERKONGSI TARIKH LAHIR. TERIMA KASIH MAK,,, TERIMA KASIH NISA... SEMOGA BAHAGIA ITU MILIK KALIAN DAN MOGA ADA SYURGA BUAT KITA.

Wednesday, May 21, 2008

SELAMAT HARI GURU


Selamat Hari Guru buat guru-guruku semasa di Sek Keb Amar Penghulu, Jelebu (1981), SK Sepri Tengah,(1982), SK Sg Buloh, Jelebu(1982-1984), SK Batu Kikir (1984-1986), SMA Dato Hj Mustapha (1987-1989), SMA Dato' Klana Putra (1990-1993). Tanpa kalian yang sudi mengajarku menulis dan membaca sudah pasti diriku tidak di sini. walaupun aku sudah terlupa ramai nama guru yang pernah mengajarku namun aku cuba mengingatkan jasa kalian semua. Kepada cikgu Adnan Baki, Mrs K, Ust Sharifudin, Ust Rohan, Ust Fuad, Ustzh Noriah dan Ustzh Johana... terima kasih tidak terhingga kerana tidak pernah jemu mendidik diriku yang selalu menimbulkan masalah dulu... ramai juga guru-guru lain yang menyampah pada ku dulu tetapi kerana ada kepercayaan pada kalian dapat juga aku menamatkan alam persekolahan dan dapat juga aku menjadi seorang insan tika ini... TERIMA KASIH CIKGU.. hanya ALLAH dapat membalas jasa kalian.

Sunday, May 4, 2008

SELAMAT HARI IBU


Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu... bukan bulan Mei ini saja kena ingat pada ibu tau.. buat anak-anak ummi yang dikasihi dan kepada suami yang disayangi.. bantulah aku menjadi ibu yang penyayang, penyabar dan menghormati hak kalian. Ummi sedar, banyak perkara yang ummi tidak dapat lakukan dengan sempurna. Irfan Afifah dan Iyman Asiah, doakan Ummi menjadi ibu yang baik buat kalian..walaupun ummi ini ibumu tetapi tidak bermakna semua yang ummi lakukan adalah betul.. sama-samalah kita berdoa agar Allah membantu kita menyusuri jalan ke syurga. Buat kenalan yang mengenali diriku terutama chaq, ikin, roza, obie, kak liza, as, aida, pizah dan yang amat kurindui.. Harisah yang keja kat perak la ni... SELAMAT HARI IBU... Semoga ALLAH memberkati dan mengasihani kita semua.