praperkhemahan di sekolah...aku dilantik sebagai fasilitator....jawatan yang kurang ku gemari tika usia menginjak matang nih....aku lebih suka jadi AJK dapur.....namun apa yang ku pelajari amat bermakna untuk diriku....akukah yang OKU....
Natasya...pelajarku yang akan sentiasa tersenyum namun tidak mampu bertutur....namun dia sentiasa faham keperluan ku....jika aku minta pensel...dialah yang mula mencari pensel untukku.....jika aku mahukan kertas...dia selalu mengambilnya untukku.....dia selalu senyum....manis sekali senyumannya...namun tak pernah bersuara.....senyum saja.....
Aina...pelajarku yang bijak.....namun sukar mengawal emosi.....petah berkata2....dan aku merasakan dia mampu mendapat result yang bagus dalam PMR nanti....sangat manis bila tersenyum kerana dipipinya ada lesung pipi......
Semasa pra perkhemahan ini....takdirnya...selepas khemah dipasang...hujan turun...semua khemah sempat dipindahkan ke tempat yang selamat.....ikut plan B....waktu ini semua pelajar memindahkan barang2 ke tempat baru....Natasya yang tidak mampu bertutur itu mahu menolong juga.....dia tolong bawakan beg kawan-kawannya.....Aina sangka Natasya telah menghilangkan begnya....airmata mula keluar dari kelopak matanya.....namun hatiku amat hiba kerana Natasya yang tidak mampu bertutur...tidak mampu bersuara itu....meninjau setiap khemah untuk mencari beg Aina.....aku sendiri yang merasa mampu bersuara...mampu berkata2 tidak pernah melakukan kebaikan seperti Natasya.....akukah yang OKU...tidak punya hati sebaik Natasya....sukar membantu orang...sukar tersenyum...
Akhirnya beg aina ditemui kerana keprihatinan guru yang bertugas dan seorang pelajar iaitu Sharifah yang mendapat anugerah peserta terbaik praperkhemahan kali ini.....
Wednesday, April 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment