Wednesday, May 21, 2008

SELAMAT HARI GURU


Selamat Hari Guru buat guru-guruku semasa di Sek Keb Amar Penghulu, Jelebu (1981), SK Sepri Tengah,(1982), SK Sg Buloh, Jelebu(1982-1984), SK Batu Kikir (1984-1986), SMA Dato Hj Mustapha (1987-1989), SMA Dato' Klana Putra (1990-1993). Tanpa kalian yang sudi mengajarku menulis dan membaca sudah pasti diriku tidak di sini. walaupun aku sudah terlupa ramai nama guru yang pernah mengajarku namun aku cuba mengingatkan jasa kalian semua. Kepada cikgu Adnan Baki, Mrs K, Ust Sharifudin, Ust Rohan, Ust Fuad, Ustzh Noriah dan Ustzh Johana... terima kasih tidak terhingga kerana tidak pernah jemu mendidik diriku yang selalu menimbulkan masalah dulu... ramai juga guru-guru lain yang menyampah pada ku dulu tetapi kerana ada kepercayaan pada kalian dapat juga aku menamatkan alam persekolahan dan dapat juga aku menjadi seorang insan tika ini... TERIMA KASIH CIKGU.. hanya ALLAH dapat membalas jasa kalian.

No comments: