Sunday, May 4, 2008

permata hatiku


inilah permata hatiku.. yang mewarnakan hidupku dan suami.. alangkah besarnya anugerah Allah pada kami. doaku mereka berdua akan menjadi wanita solehah yang tahu dunia ini adalah jalan ke syurga..
banyak perkara telah terjadi.. jangan kita sekadar tahu menunding jari kepada mereka yang jatuh, cedera atau terluka.. jangan cepat melatah mengatakan mereka berdosa.. apapun yang berlaku terhadap kita ada hikmahNya. sama-samalah kita berdoa supaya adik Sharlene selamat dan kepada pihak yang berwajib, jalankanlah tugas dengan penuh amanah.. walaupun aku sendiri sudah tidak menghitung hari kehilangan adik Sharlene namun aku berasa sayu kerana masih tiada khabar berita mengenainya. Alangkah ruginya kita sebagai manusia yang memilih kezaliman sebagai jalan hidup sedangkan memberi minum anjingpun membolehkan kita ke syurga.. mengapa memilih neraka jika jalan ke syurga itu sendiri diwarnai bunga-bungaan harum... alangkah..

No comments: